Read Selagi Ada Dia by Aisya Sofea Online

selagi-ada-dia

"Biarpun jauh dipisah waktu, suara hatimu membisik bagai kau ada di sisi"Sinopsis Belakang Buku :PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji ya"Biarpun jauh dipisah waktu, suara hatimu membisik bagai kau ada di sisi"Sinopsis Belakang Buku :PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?...

Title : Selagi Ada Dia
Author :
Rating :
ISBN : 9789831243657
Format Type : Paperback
Number of Pages : 503 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Selagi Ada Dia Reviews

  • kuzzeen
    2018-11-11 15:21

    p/s: Selamat dihadiahkan untuk kegunaan Perbadanan Perpustakaan Awam pada 6.10.2013.....:)Selagi Ada DIA.....Kekeluargaan sebagai tema utama. Cinta Ari - Haris - Idris hanyalah selitan kepada novel ini. Watak Abah, Mak, Abg Yus, Kak Lin, Kak Mar lebih dominan kerana merekalah yang mencorakkan hidup Ari sebenarnya.Novel Aisya Sofea memang padat dan sarat. Bukan untuk bacaan waktu senggang walaupun x setebal novel lain. Dan, bagi yang berangan nak ke Noami Island (Winter Sonata), novel ini akan menjadi travel guide anda....

  • Cik Liyana
    2018-11-30 13:39

    sangat-sangat best sampai fall in love dengan Idris!!

  • Fuzy Hamid
    2018-11-13 17:40

    Benar kata orang, kita jangan suka sangat benci orang kelak nanti kita akan jatuh hati. Begitu juga dengan Ariani (Ari) bilamana dia membenci empunya kereta yang sombong yang dilanggarnya secara tidak sengaja dan acap kali bertembung diwaktu pagi membuat Ari merasa benci. Pertemuan dengan Haris teman istimewa Kak Mal yang bertandang ke rumah keluarga memberikan satu kejutan kerana Haris adalah lelaki sombong serta berlagak dan berkemungkinan bakal abang iparnya. Namun Ari bersyukur sekurang2nya Kak Mal telah terbuka hati untuk berpasangan dan tidak lagi terlalu workaholic. Pelik bagi Ari kerana Haris tidak pulak menceritakan perihal pelanggaran kereta kepada keluarganya dan bertambah pelik bila keesokkan harinya sebuah telefon tangan berjenama mahal berada didalam keretanya. Rupanya Haris adalah siempunya telefon yang sengaja meletakkan telefon tersebut supaya dia dapat bertemu dengan Ari kerana Haris telah jatuh hati pada sigadis yang berani walau bersalah ketika melanggar kereta mewahnya. Perkenalan dengan Haris mengenalkan Ari tentang cinta, cinta buat pertama kalinya. Namun percintaan yang disulam indah terpaksa disorok dari pengetahuan keluarga kerana Haris sendiri tidak mampu berterus terang kepada Kak Mal. Akhirnya rahsia yang disimpan terbongkar malahan lebih tragis ayahnya mengusirnya keluar, Kak Mal membencinya dan Ari menoktahkan percintaannya dengan tidak berpaling lagi dengan meneruskan pengajiannya ke kota London.Nak tahu ulasan seterusnya..klik http://umifuzy.blogspot.my/2017/08/no...

  • Que Razali
    2018-11-21 09:32

    Kisah Idris dan Ari. Kisah kasih penuh romantis. Selagi Ada Dia... membawa kita mengenal lebih erti kekeluargaan. Tahniah buat AS kerana sentuhan romantisnya tetap menyengat.