Read SASAR by Syaihan Syafiq Online

sasar

Saiful dan Sha bersahabat. Saiful pelajar tahun akhir yang sedang bergelut hendak habiskan tesis dan tidak sabar mahu bergraduasi. Sha pula tidak sempat hendak habiskan pelajarannya di universiti gara-gara terlalu ikutkan kata hatinya suatu ketika dahulu.Kedua-duanya pernah kehilangan, seorang lagi sahabat mereka yang bernama Adam. Dulunya trio, kini hanya berdua. KemalangSaiful dan Sha bersahabat. Saiful pelajar tahun akhir yang sedang bergelut hendak habiskan tesis dan tidak sabar mahu bergraduasi. Sha pula tidak sempat hendak habiskan pelajarannya di universiti gara-gara terlalu ikutkan kata hatinya suatu ketika dahulu.Kedua-duanya pernah kehilangan, seorang lagi sahabat mereka yang bernama Adam. Dulunya trio, kini hanya berdua. Kemalangan jalan raya meragut nyawa Adam, langsung memberikan kesan terhadap persahabatan antara Saiful dan Sha.Namun seorang demi seorang kenalan mereka dibunuh oleh individu berkot kuning dan bertopi fedora, dan Saiful dan Sha mulai merasakan yang kematian Adam ada sangkut-pautan antara kedua-dua hal tersebut....

Title : SASAR
Author :
Rating :
ISBN : 9789670954424
Format Type : Paperback
Number of Pages : 340 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

SASAR Reviews

  • Asmar Shah
    2018-11-27 14:29

    Akan sentiasa merindui karya penulisan, resensi buku darinya dan celoteh-celoteh beliau kat sosial media.Moga roh arwah dicucuri rahmat. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

  • Arif Zulkifli
    2018-12-02 14:38

    Aku tahu Syaihan sangat detail dalam menulis. Dia akan gambarkan satu-satu apa yang ada di sekeliling dengan sangat detail (contoh sewaktu Syaihan sedang gambarkan bilik Saiful) dan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca menggambarkannya. Cuma kadang-kadang, apabila terlebih detail, ianya jadi terlalu mendatar, hingga kadang-kadang aku skip saja part yang panjang lebar itu. Namun kudos pada Syaihan, kerana watak di dalam ini terasa hiduo dan bukan hanya dua dimensi. Aku dapat camkan suara-suara watak dalamni. Which is bagus. Terlalu banyak nama watak dengan huruf S dan A buat aku keliru dan terpaksa berhenti membaca untuk berfikir yang mana satu watak yang sedang diperkatakan. Well, maybe aku jenis yang memang mudah terkeliru kot. Dari segi jalan cerita,pada mulanya agak slow, tapi bila dekat bahagian tengah, bacaan aku semakin laju dan aku tak sabar nak tahu siapa pemilik figura berfedora itu. Bagi aku pengakhirannya macam sedikit terburu-buru. Entahlah. Mungkin perasaan aku saja. Dan aku masih tak dapat nak kaitkan, motif gagak dalam cerita ini? Ke aku yang terlepas?Apapun, good job aku ucapkan pada Syaihan dan jangan berhenti menulis! Sebab aku akan sentiasa sokong tulisan kau :D

  • heril azwan
    2018-11-13 07:24

    cerita ni menarik sebenarnya.sepeti biasa, elemen2 sadis tu memang terasa.cuma, ada beberapa part yang tak berkaitan diterangkan secara details, adakalanya lelah untuk dibaca sehingga kan apa yang patut diterangkan tidak diterangkan sebaiknya. contoh perkaitan burung gagak, yang mungkin hanya untuk menambahkan keseraman cerita.selain itu motif pembunuh juga tidak diterangkan sebegitu kuat untuk merasakan dendamannya. entah, aku tak dapat merasai kesakitannya sehingga membawa kepada pembunuhan itu. penulis cuba menunjukkan psikonya pembunuh sehingga sanggup menghilangkan cap jari, memakai kostum aneh dsb untuk mencapai tujuannya, tp ak tak dapat menhubungkaitkan dengan motif pembunuhan. begitu juga dengan motif menghantar video kepada saiful dsb, kenapa tidak spt mangsa2 lain?rasanya penulis terlalu memperincikan hal2 yang remeh sehingga hilang arah dalam naskhah kali ini.walau bagaimanapun, kekejaman pembunuhan memang menjadi, menimbulkan keseraman ketika membacanya. plotnya disusun kemas, mudah dihadam secara keseluruhannya.tahniah untuk penulis.

  • Ainur
    2018-12-10 08:40

    Such a good read. Intriguing story line, really made one curious and couldn't stop reading and wondering what would happen next. The characters are believable, each has different traits which made the story more interesting. I just wish the author wouldn't be too descriptive. Even a minor details were explained thoroughly. At first it was acceptable but later on I just decided to skim it.

  • bungaramona
    2018-11-27 08:38

    Bagi aku jalan cerita sangat menarik , walaupun awal2 macam slow sikit tapi lepasty aku dah taknak berhenti baca .. Motif pembunuhan psyco dendam ... Tapi syok la baca , segala details diterangkan , walaupun mula2 Aku confused sikit bab nama , but seriously the book is very interesting.. Cuma ending macam ringkas , but still aku memahami penulis nak kan pembaca sendiri berfikir keseluruhan cerita ... All the best !

  • Alie
    2018-11-30 13:34

    SASAR merupakan Novel ke 4 beliau aku baca selepas trilogi BISIK, KOYAK, dan M. Menceritakan mengenai siri pembunuhan misteri yang berlaku di sekitar KL, Kajang dan Bangi . Sejujurnya bagi aku novel kali ni tidak sekompleks yang sebelumnya tetapi ia agak istimewa bagi aku apabila lokasi yang digunakan seperti KL sentral, UKM, KTM Bangi, villa angkasa ( yang aku rasa namanya ditukar ) Mid Valley, Alamanda malah Tasik Tasik Cempaka adalah lokasi yang "familiar" untuk aku. Secara tak lansung cerita kali ni terasa dekat dan buatkan ia lebih menarik. Penulis jugak bagi aku buatkan penggemar novel beliau menjadi teruja apabila watak Saiful dalam cerita ini tinggal di flet yang sama dengan Mikael ( watak bagi novel trilogi sebelumnya) dan muncul watak Nazzman ( nama salah satu watak dalam BISIK )dalam cerita ini buatkan pembaca tertanya-tanya adakah kisah kali ini juga ada kaitan dengan siri pembunuhan sebelum ini?

  • Syara
    2018-12-11 12:37

    Syaihan Syafiq memang antara penulis Fixi yang aku nantikan buku-bukunya. Selepas habis Trilogi Bisik, aku sabar menunggu hinggalah terbitnya Sasar. I had high expectation!Mengenali tulisan Syaihan, dia sangat teliti. Setiap buku ditulis melalui kajian yang mendalam. Ibaratnya novel dia adalah satu tesis yang tak boleh terlepas isi-isi penting dan rujukan susulan. Akibatnya, hatta sebuah bilik boleh digambarkan dengan terlalu sempurna. Awalnya terasa pelik tetapi alah bisa tegal biasa. Tidak terasa langsung mood aku diganggu. Errr... Mungkin terlepas pandang tapi ringkasan di kulit belakang buku telah merosakkan prolog novel ni. Aku jadi tahu nama watak utama. So, no longer element of surprise.I'm bias so it is still 4-star rating. Aku suka perinciannya. Dear Syaihan, don't tell me this is another thrilogy? Ada plot cerita yang tak sampai. Tak kisah ending yang buat pembaca berfikir sendiri tetapi ada sesuatu yang tak cukup dalam content. Or is it just me?

  • Natsume Faiz
    2018-11-25 12:25

    3.75 yg dpt kuberikan utk novel Sasar ini. Jln cerita pada mulanya sgt menarik menambahkan unsur2 misteri terhadap figura topi fedora dgn muka yg menyeramkan namun jln cerita agak konpius skit bile nk dkt2 hujung cerita mungkin kerana terlalu ramai watak nama S yg sgt kebetulan kecuali Adam.Penghujung cerita seolah2 tamat begitu sahaja tanpa ada sebarang reaksi dr Saiful dan Sha. Tentang buruk gagak mungkin ianya dari accident yg berlaku dgn tagline 'dan burung gagak pun bertebangan'. Mungkin kembar Adam tidak dpt menerima takdir yg menimpa membuatkan die membunuh org yg terlibat dlm kes langgar lari. Ak tertanya2 mengenai pakaian lengan panjang yg dikenakan oleh Shark Knpe die berpakaian sedemikian walaupun telah diasak tnya oleh Sha.

  • Shafaza Zara
    2018-12-03 08:50

    Syaihan tak pernah mengecewakan dalam menulis jalan cerita sebegini. Kalau kau pernah baca #TrilogiBisik, kau akan jumpa beberapa watak yang saling kait mengait antara satu sama lain. Sasar, membawa kau kepada jenis pembacaan yang menarik. Setakat sekali aku membaca, ada kesalahan yang sangat minima (2-3 typos). Yang lain, sangat mudah untuk dihadam dengan syarat kau jangan tinggalkan buku terlalu lama.

  • Amira Rosli
    2018-11-13 07:43

    Fuhhhh. Buku ni creepy, but in a good way. Aku suka penceritaan dari pandangan watak2 berbeza, sebab rasa macam kau alami sendiri apa yang watak2 tu rasa. Kau dapat rasa apa Saiful rasa, apa Sha rasa dan jugak mangsa rasa. Cumanya pelik sikit lah, kata si Azwan tu ada alibi, tapi kenapa in the end rupanya dia tu...? Ke aku yang salah faham? But I enjoyed the book. Very much! Keep up!

  • HusnaReads
    2018-11-26 12:49

    I read this book during June and I barely remember what it's about haha. However I do remember some things that bothered me.Buku ni jenis slow dan ada feeling macam cerita KIL. Pasal depression, LGBT, khianat, persahabatan. Kalau korang suka novel yang ada tema2 macam ni boleh pick kat bookstore

  • Najmi Ayob
    2018-11-26 14:33

    3.5 Cerita yang mendebarkan. Narasi sangat bagus deskripsinya. Cuma yang saya bingung dengan ending dia. Would like to know how the real ending would be.

  • Raline
    2018-11-12 07:24

    Aku tak ambil masa yang lama untuk habiskan membaca buku ni. Sepanjang membaca perasaan ingin tahu tu tak pernah hilang, lagi lagi bila penulis main lompat lompat watak dan jalan cerita berubah kronologi.Aku suka cara penulis gambarkan dengan detail setiap adegan pembunuhan. Aku boleh rasa ngilu, sakit dan ada juga dua tiga kali aku ikut sama menepis. Walaupun kengerian tu ada, tapi takdelah sampai aku rasa loya yang amat ataupun terpaksa hentikan pembacaan. That's just how good he is. Aku dah pernah baca buku yang sarat dengan adegan sadis yang detail sampai terpaksa rehatkan diri daripada pembacaan, kemudian mood pun hilang dan sudahnya buku tu aku letak balik atas rak.Connection sesama watak pun boleh feel jugak. Rindu Sha dan Saiful pada Adam, sedih Sha bila Shark mati kena bunuh and suprisingly, the affection between Saufi and his partner. Once again I have to give credit for Syaihan's detail, yet subtle writing. I can relate to Saufi's 'intimation' without having that 'eww' thought. So yeah, thanks for the awesome writing.Satu je masalah yang aku ada dengan buku ni - MOTIF. Aku tak rasa motif pembunuhan tu cukup kuat sebab hubungan antara pembunuh dengan Adam tu nampak loose sangat. Lagipun daripada cara Adam mati tu, aku tak rasa Suffian patut disalahkan. Alasan untuk bunuh Shark dan Saiful pun tak cukup concrete. Tapi tu lah kalau dah namanya psiko yang relevan pada kita tak semestinya relevan pada dia. Mungkin aku kena baca balik buku ni, slow pace untuk pahamkan betul betul.Memandangkan buku ni buku pertama Syaihan Syafiq yang aku baca, aku rasa aku boleh masuk dengan cara penulisan dia. So thumbs up!! (less)0 minutes ago ยท deleteWrite a comment...

  • Inn Auni
    2018-11-23 08:23

    1. Yakin dan pasti tak ada burung gagak di sekitar kawasan rumah saya. Gagak tu pun takut kot kena lastik dengan budak-budak nakal kat situ. Kalau kena lastik okey lagi, kalau kena baling mercun?2. Walaupun dah baca sinopsis, tapi selalu lupa nama 'aku'. Kesnya terlalu ramai watak dengan pangkal nama huruf S. Saya ada penyakit mudah lupa nama orang terutamanya yang pertama kali atau jarang jumpa. Jadi menganggu sedikit pembacaan sebab saya kena refresh balik minda untuk tahu nama itu untuk siapa.3. Unsur Slenderman yang SS cuba bawa, tak menarik perhatian saya. Sama macam rakyat Malaysia dah tak hairan tengok rakyat asing membanjiri Kuala Lumpur time cuti raya. Feel dah kurang gitu. Mungkin sebab terlalu didedahkan dengan individu berunsur misteri membuatkan certain pembaca dah tak hairan kalau ada individu yang pelik.4. Bila saya tahu motif individu berkot kuning dan bertopi fedora, rasa macam twist dia tak sampai ke jiwa. Macam complicated sangat plan dia. Maksud saya, kalau si adik dirogol beramai-ramai dan dimalukan di alam maya, itu memang patut setiap pelaku dibunuh dengan kejam dan tragis. Tapi ini...5. Tapi apesal kau bagi 4 bintang? Sebab saya suka 'aku'. Nampak? Tak susah pun untuk puaskan pembaca seperti saya ni la. Ada watak utama yang saya boleh 'masuk', memang terbaik la.

  • Nanadhoi
    2018-11-13 14:25

    Aku suka gaya penggunaan bahasa penulis. Lancar.