Read Titah Bukan Sabda by Fatin Nadhira Siti Nazariah Farid Arif Hasnizal Ehsan Fadiladtun Mottidin Arzura Rahim Asmirana Maspade Raisya Nordin Online

titah-bukan-sabda

Saat lapisan taksub menyelubungi diri, kewarasan akur pada kegilaan, mata tidak lagi melihat biar celik, telinga lantas menjadi tuli, hati bahkan mati, lalu ketundukan tidak lain hanyalah penyembahan yang merugikan, juga pemujaan yang menyesatkan. Saat kau tidak lagi mampu membezakan yang hak dan batil, yang adil dan zalim, yang halal dan haram, yang baik dan buruk, maka sSaat lapisan taksub menyelubungi diri, kewarasan akur pada kegilaan, mata tidak lagi melihat biar celik, telinga lantas menjadi tuli, hati bahkan mati, lalu ketundukan tidak lain hanyalah penyembahan yang merugikan, juga pemujaan yang menyesatkan. Saat kau tidak lagi mampu membezakan yang hak dan batil, yang adil dan zalim, yang halal dan haram, yang baik dan buruk, maka sedarlah ketaksuban sudah membarah dalam dirimu dan kau, semakin parah!Dua puluh orang hamba tuhan ini masing-masing hanya memainkan peranan kecil mencuba mencegah dan merawat barah taksub dalam dirimu. Maka bersedialah!...

Title : Titah Bukan Sabda
Author :
Rating :
ISBN : 9789671136836
Format Type : Paperback
Number of Pages : 296 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Titah Bukan Sabda Reviews

  • Asmar Shah
    2018-11-15 19:05

    Yeay! Habis dalam masa sehari... Senyum lebar!3.75* untuk keseluruhan buku. Dari cover dan segalanya!Koleksi cerpen ini sudah lama dinanti-nantikan. Akhirnya berada juga di dalam genggaman tangan. Permulaan kata yang dicoretkan oleh Fatin Nadhira memang membuatkan saya lebih teruja untuk meneruskan pembacaan. Penerangannya mengenai Titah Bukan Sabda, menerangkan bahawa tema semua cerpen di dalam buku berwarna kuning ini adalah 'Taksub'! Okey saya bagi bintang setiap cerpen yang berada di dalam naskah ini. Tapi bintang dan review yang saya buat adalah mengikut rasa diri-sendiri sahaja. Heeee...1.Estetika Nan Minda: Cerita ini menarik! Kerana ketaksuban seorang peminat setia terhadap seorang novelis cinta, peminat tersebut terikut-ikut dengan apa yang dihasilkan di dalam karya terbaru novelis itu. Ya, ini kisah orang putus wayar dan pembunuhan dilakukan persis di dalam karya novelis itu kerana cintanya pada novelis tersebut! 4.5*2.Imaginasi Bukan Realiti: -3.Bila Pelacur Bersabda: Ya, bila seorang wanita yang taksub pada diri dan mengakui dirinya lebih baik dari orang lain kerana hanya dia memakai hijab, cantik dan menjaga perilaku semua orang di sekelilingnya dirasakan penuh dengan aura negatif! Penulis menyajikan keadaan yang sedang terjadi masa kini. Bila masa watak utama ditimpah musibah dan seorang pelacur memberikan nasihat, kesedaran mula ada, bahawa pelacur juga boleh masuk ke syurga! 3.75*4.Bukan Anak Iblis: Ini cerpen kedua cik penulis yang saya baca. Cerpen beliau yang berada di dalam antalogi 'Aku Naik Saksi' juga sangat saya sukai. Bukan anak iblis memang unik. Watak obses pada kebersihan memang sangat menyeksakan. Ya semua watak mati di dalam cerita ini! Aku suka jalan ceritanya yang mana watak utama terpaksa bersusah payah menjaga sang adik yang berubah tingkah-laku selepas mak ayah mereka meninggal. Menjadi orang yang terlalu pembersih. Mandi sehari sampai 20 kali. Tidakkah itu memeritkan? 4.25*5.Terang Dalam Gelap: Ini cerita kak Annur! Menurut kak Ann, cerita ini berasaskan kisah benar. Kisah manusia yang taksub pada bomoh walaupun solat tak lepas. Ceritanya simple tapi meninggalkan kesan yang boleh tahan pada jiwa. Orang yang yakin pada diri bahawa dia sangat berkuasa pasti akan kecundang. Terutamanya yang berpaksikan pada makhluk ghaib. Padan muka bomoh tu mampus hahaha! 4.0*6.Eulogi Sebuah Mimpi: Mimpi selepas pengsan dilanyak polis kerana merusuh. Disebabkan mimpi, watak berjumpa dengan sesorang yang menyedarkan dirinya. Nampak macam cerpen biasa, tapi ada sesuatu yang diselitkan di dalam cerpen yang dipaparkan! 3.75*7.Kain Kapan Perawan: Sebenarnya cerpen ini sikit lagi saya jatuh cinta. Suka ayat ni 'A girl understand another girl and they hate each other' Hahaha... Jalan ceritanya yang menarik. Taksub pada kehidupan sosial yang dilaluinya. Kerana ingin mencuba dan merasai seorang pelacur yang berharga RM100 000, watak sanggup mencari apa jua jalan untuk mendapatkan duit sehinggalah dia masuk satu game 'Truth or Dare'! Memang gila punya game. Untuk senang menang game ini just pilih Truth dan ikut kehendak game tersebut. Kerana watak itu turuti kehendak game yang merapu tu, saya rasa sakit hati! Arrgghh geram dia buat macam tu! Tak boleh blah! Dari 4.0* saya tolak jadi 3.0* 8.Refleksi Kisah Semalam: Dari gadis yang baik dan menutup aurat berubah menjadi sosial tahap gaban kerana kisah hidup yang melanda diri sehingga taksub pada kehidupan yang barunya itu. Manakala watak yang sosial tahap gaban terdetik untuk berubah menjadi lebih baik. 4.0*9.Dia Anak Tuhan: Cerpen kak Mell ini tak sepower cerpen yang pernah saya baca dari kak Mell. Cerita watak utama yang merupakan bekas dianggap sebagai anak Tuhan oleh kumpulan ajaran sesat hanya dirungkaikan sedikit. Tak puas. Maaf kak! Heee... 3.5*10.Bingit Dalam Bisu: Membaca cerpen ini ibarat saya sedang melihat seorang ahli politik sedang berkhutbah di atas pentas. Kekadang bila penulis berkhutbah ada kaitan dengan agama, macam penceramah agama sedang berbicara di atas pentas pun ada juga. Rasa lemas dengan cerpen ini. Lelah bro. Tapi tak semestinya cerpen ini tak baik. Cuma tak kena dengan jiwa saya. Deep sangat. Memang trademark encik penulis macam ni. 2.5*11.Tuhan Dan Syaitan: Biasa-biasa je. Kisah lelaki yang taksub dengan kekayaan dan sanggup berjumpa dengan bomoh untuk menambahkan kekayaannya lagi. Padan muka tak dengar pesan... kan mati kena panah petir! Haha... Tapi penat dengan ulangan ayat yang kerap kali ditulis. Bahasa yang diguna cantik cuma bila ayat yang diulang tu kerap kali membuatkan pembaca agak penat. 3.0*12.Bayangan Perempuan Jalang: Permulaan cerita hanya nampak seperti kisah sang pelacur. Tapi ada sesuatu yang tidak anda menyangka rupanya watak utama tu begitu. Permulaan cerpen buat saya gelak sekejap dan menarik saya terus membaca cerpen ini. Boleh kata ini cerpen terbaik! 4.0*13.Malam Kelam Matte: Black-metal! Mula dan pertengahan memang terbaik. Tapi bila nak habis, macam penulis tergesa-gesa nak habiskan. Itu je? Kenapa boleh jadi macam tu? Tak puas nak tahu kenapa jadi macam tu dengan watak utama. 3.75*14.Nafas Bernafsu Bisu: Disebabkan taksub pada lelaki, diri mampu jatuh menghempap lantai Bumi! Yang baik pada diri mampu berubah sekelip mata. Jangan lupa yang orang lain juga punyai taksub yang sedang membarah di dalam jiwa. Cerpen ini salah satu kegemaran dalam naskah ini! 4.25*15.Permulaan Sebuah Pengakhiran: Tajuk ini hampir sama dengan tajuk cerpen abam Azhar Ibrahim dalam Antalogi 'Aku naik saksi'. Cuma imbuhan sahaja yang diubah. Hmm... Tapi jangan risau jalan ceritanya sudah tentu berubah. Penulis ini salah seorang penulis yang dah lama menulis dengan bukuhitam. Kali ini dia menyajikan, insan tu boleh berubah. Dari yang ketagih dadah, boleh balik ke pangkal jalan dan kisah perempuan yang memeluk islam. 3.75*16.Kuasa Dunia Baharu: Mengenai game Dota! Dulu saya ada main sekejap, lepas tu saya tinggalkan sebab saya tak pandai-pandai walaupun dah berapa kali diajar oleh member. Ending yang tergantung. Oklah boleh-bolehlah cerpen ni! 3.25*17.Tugasan Terakhir Kali: Dah pernah baca cerita macam ni. Cerita sharpshooter dan orang yang gila dan taksub dengan kekayaan/perniagaan yang tak mahu ada pesaing. Jadi itu yang membuatkan saya rasa biasa-biasa je. Tak teruja sangat. Mungkin cerpen ini power untuk orang lain. Tapi bukan dengan saya. Saya lebih suka cerpen encik penulis pada antalogi sebelum ini. 3.5*18.Pertaruhan Tiga Kepala: Kenapa dia nak sahut cabaran kawan dia untuk mencuba agama orang lain walaupun kena cabar? Maaf kalau saya, saya sanggup dicakap pengecut atau apa jua kalau terima cabaran macam tu. Hmmm, malas nak cakap. Tak kena dengan jiwa saya ngan cerpen ni. 3.0*19.Perintah Ke Neraka: Gadis polos yang berubah jadi 'Malaikat Maut' kepada dua jasad yang ada di dalam jiwanya. Ya, saya tabik dengan Umaira; watak utama. Ini cerpen kira power juga! 4.0*20.Bayang Sebalik Takhta: Politik masa hadapan. Pemimpin yang taksub pada pangkat sehingga sanggup membuat penyembahan kepada makluk alam ghaib dan membuatkan sang anak menjadi korban. Cuma kurang faham ending cerita ni. Hmm... Mungkin saya seorang je kut yang rasa! 3.75*Apa-apapun buku ini banyak pengajaran yang mampu diambil atau dicedok dan disimpan dalam jiwa. Oh ya lain orang lain rasa... macam belacan, tak semua suka belacan kan... macam tu ah juga buku.. tak semua suka satu-satu buku tu... so, Apa yang penting buang yang buruk amik yang baik je. Tapi yang pelik janganlah sampaikan ada yang nak banned awal-awal buku ni sebab buku indie... Tak boleh blah ah bro! Belum baca jangan terus ban! Saya rasa orang tu kena baca buku ni sebab dia sangat taksub pada buku mainstream je! Maaf!

  • Wanny Syazzo
    2018-12-04 19:15

    So, this is the 7th book of Buku Hitam collection and I’ve been waiting to read this quite a little while. Titah Bukan Sabda was a pretty abstract book, it was packed with a lot of issues but still focusing on the same things. And I think I had expected this book to captivate me as the previous books from Buku Hitam Press, but sadly it couldn’t. It was just full of stories telling pretty the same themes. The thrill to read was already devastated by the first few stories. Hurm, no roller coaster ride feeling. Less flavour. It was like drinking coffee with no sugar and creamer. Just plain. It frustrated me. =(

  • Kod Misteri
    2018-11-24 19:12

    Assalammualaikum. Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya dapatlah aku berkongsi rasa. Sebelum itu aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kalian yang terpilih. Terpilih kerana mempunyai idea yang aku kira kreatif dan unik. Tahukah engkau apa yang aku maksudkan? Apa lagi kalau bukan cerpen-cerpen dalam antologi Titah Bukan Sabda, terbitan buku hitam press. Cuma aku tak tahulah perasaan kau kau kau dan engkau semua. Jika semua rasa engkau dan aku sama, apa guna cahaya bulan pada waktu malam?Sekejap lagi aku akan rebiu beberapa cerpen yang aku dapat kenal apa itu rasa!1) ESTETIKA NAN MINDASebagai seorang pembaca, aku kena adil dan telus. Sebelum aku baca cerpen ini, aku cakap, hmmm cerita cintalah ni. Tengok nama penulis pun perempuan. Tapi bila aku habis membaca, aku terkesima. Serius. Aku sangkakan idea cinta itu klise. Rupa-rupanya aku sendiri yang klise. Tahniah penulis, sudut pandangan cinta kau memang lain dari lain. Aku tabik sama kamu. Teruskan menulis hingga ke titisan terakhir!2)IMIGINASI BUKAN REALITIKalau kau baca tajuk, mesti kau fikir ini cerita fantasi. Ops...Bukankah cerpen itu sebahagian fiksyen ke? Kalau betul fiksyen itu realiti, siapa pula penulisnya?Berbalik kepada idea cerita ini, secara jujurnya aku memang suka baca karya orang Sabah ni. Almaklumlah aku dan dia sama-sama kaki mengkritik cerpen/novel yang kami baca. Jika engkau fikir kami mengkritik sebab berdengki? Nampak sangat kau tak kenal diri sendiri lagi.Apa yang aku suka tentang cerpen ini adalah penulis bijak mengekplotasi permasalahan yang klise diolah menjadi tidak klise. Opsss...Klise lagi? Mesti lepas orang baca ulasan aku ni, mereka akan mengecop di dahi aku - MAMAT KLISE.Apa-apa pun tahniah kepada kau Bro, aku dapat rasa apa yang kau cuba sampaikan. Aku harap kau akan menulis lagi bro. Rasanya sudah masanya kau memecut. Usah berjoging bro...He he he3) BILA PELACUR BERSABDAKau tengok tajuknya. Amboi, bukan main kontrovesi lagi tajuknya. Kepada orang-orang perempuan yang berhijab kerana mahu dikatakan cantik menarik tertarik kau memang gedik, aku cadangkan kau baca cerpen ini. Dari segi idea aku suka. Suka bukan sebab suka mengampu tetapi suka dengan kebijakan penulisnya menonjolkan sudut pandangan pelacur dari sudut positif. Opss pelacur baik ke? Hah...kau kena baca dulu, baru boleh rasa. Penulis ini juga berbakat. Cuma aku tak berapa nak masuk dengan gaya penyampaiannya. Mungkin disebabkan ada gaya ala-ala Aww. Mak bosan Nyah.4)BUKAN ANAK IBLISSebelum aku baca cerita ini, aku fikirkan cerita orang menentang iblis laknatullah tetapi bila aku habis baca, cehhh aku dah kena game lagi. Secara jujurnya, aku suka idea kreatif ini. Ada simbolik/metafora disimpulkan dalam karya ini. Ada apa dengan angka 14 ? Hah cari sendiri! 5) TERANG DALAM GELAPIni cerita apa pulak? Inilah salah satu persoalan bermain di minda aku. Tapi setelah puas aku mengikuti perkembangan wataknya, barulah aku tahu ini cerita ....Opsss kalau aku bagi tahu, apa makna gelap lagi? Jadi kau kena cari apa itu terang. Dah jumpa terang baru kenal gelap. Aku suka gaya penyampaian. Dan memang sesuai dengan isu yang dibawa pada kali ini. Kau percaya bomoh ke Tuhan?6) EULOGI SEBUAH MIMPIAku paling suka baca cerpen ini. Mungkin disebabkan penulisnya menggunakan sudut penceritaan pertama-AKU, maka aku lebih menjiwai. Aku pun tak sedar, bila masa agaknya cerpen ini sudah habis. Sedar-sedar aku tengok tanda noktah terakhir. Serious aku tak puas. Aku mahukan lagi dan lagi dan lagi. Ideanya memang best. Dan aku rasa kalau puak Anwar Ibrahim & Najib Razak terbaca, mesti melenting. https://www.facebook.com/groups/BUKUT...

  • Zulzafry Zulkifly
    2018-11-28 21:08

    buku yang sangat menarik. Eleman yang digunakan sangat berkesan. Gaya penulis yang berlainan buat ia istimewa. Prakata yang amat menarik bagi saya. Membuatkan sesiapa sahaja untuk tergoda. Cerita yang dihimpunkan apa pun dapat menyentap jiwa raga saya. May be lagi sentap daripada tarbiah sentap kut. Apa pun memang patut try buku ni.

  • Baiti Yusuf
    2018-12-12 20:10

    HAHAHAHA. Baru aku sedar, review untuk buku hitam tak pernah aku bagi lebih pada 3 bintang. Kenapa ehh? No. 1 - Mungkin ada sesetengah cerpen dan gaya penulisan penulis Tak kena dengan jiwa aku. Contohnya benda yang berulang-ulang, cerita Klise, bunuh-bunuh, bomoh-bomoh. Cerita kekurangan idea. Hahaha.No. 2 - Mungkin jalan cerita yang lepas aku baca aku akan kata *what the pftttt* cerita yang memang buat aku rasa nak tutup buku.No. 3 - Mungkin jadi trend kot. Tak sah kalau tak jumpa cerita yang berkait bomoh-bomoh, sihir ni. Adoii, penat nak membaca. Satu okey lagi, tapi bila dah banyak-banyak rasa bosan. No. 4 - Cerita yang banyak huraian. Macam tengah bagi ceramah kat orang pun ada. Satu benda yang kecik seperti *debu misalnya boleh dia cerita panjang-panjang pasal tu? Hmm, sorry bro, tak boleh nak hadam cerita tu. Sama juga apa yang terjadi dengan MAUT SEBELUM AJAL.Cukup setakat ni. HAHAHA* 3 bintang *wink

  • Ann
    2018-12-01 18:26

    3.75 stars.

  • Firdaus Abu Bakar
    2018-12-13 02:03

    tiada titah mahupun sabda dalam koleksi ini.mintak maaf.

  • Malique Ridzuan
    2018-12-11 23:20

    Buku ni aku boleh pergi. Ni kalau Bung Mokhtar yang baca, mahu dia maki hamun di parlimen.

  • Arif Zulkifli
    2018-12-07 22:05